Cerita ini mengisahkan tentang 3 sekawan iaitu Si Botol, Si Tin dan Si Kotak yang telah terpisah semasa melarikan diri daripada pekerja pembersihan. Si botol telah diambil oleh seorang pekerja pembersihan wanita dan dikitar semula menjadi pasu bunga. Setelah beberapa minggu, mereka bertemu semua dan keadaan Si Tin dan Si Kotak juga telah berubah. Tontonilah cerita ini untuk melihat apakah yang terjadi kepada mereka apabila bertemu kembali.