WELCOME

WELCOME

STAF SKKT

STAF SKKT

MOTTO

MOTTO

QUOTES

MOVING TOGETHER SUCCESS FOREVER

Monday 4 January 2016

FPK, VISI & MISI

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

VISI
"Pendidikan Berkualiti
InsanTerdidik
Negara Sejahtera"

MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan
Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

LOGO SEKOLAH


DISKRIPSI LOGO

1. Bentuk Keseluruhan Perisai
Melambangkan institusi bagi SK Kampung Tellian, Mukah. Perisai merupakan satu bentuk yang melambangkan kebolehan dan kekuatan dalam mencernakan proses kehidupan dalam individu murid. 

2. Maksud Warna 
Biru – Ilmu dan Keharmonian 
Putih – Kebersihan dan Amalan Positif 
Kuning – Gigih dan Tekun Berusaha 
Merah – Semangat yang Sentiasa Membara 

3. Bentuk/Perlambangan 
Huruf T (Besar)
Huruf T besar berwarna putih melambangkan Tellian yang bermakna sekolah SK Kampung Tellian iaitu lokasi institusi ini dalam Kampung Tellian di bahagian Mukah.
Huruf T (Kecil)
Huruf T kecil bagi kandungan nama SK Kampung Tellian ialah kedudukan dalam Kampung Tellian Tengah, Mukah.
Daun Rumbia
Diimej sebagai obor semangat yang menyala dan bersemarak. 
Terendak
Tapak obor yang menyala. Terendak digunakan oleh kaum Melanau untuk melindungi diri daripada panas dan hujan. Ianya merupakan salah satu ciri khazanah budaya masyarakat setempat. 
Jerunei
Sebuah tugu kaum Melanau. Tugu melambangkan kekuatan dan kecekalan. Ianya salah satu ciri budaya masyarakat Melanau. 
Anak Rumbia
Anak Rumbia yang semakin membesar menggambarkan tahap perkembangan seseorang insan dari kecil hingga dewasa. 
Buku
Buku yang terbuka melambangkan ilmu yang perlu dicari sampai bila-bila. Buku ialah sumber pengetahuan yang berguna untuk melengkapkan diri seseorang insan dalam menghadapi masa depan. 
Jari Tangan
Jari Tangan melambangkan kerjasama yang erat daripada semua pihak. Guru dan ibu bapa serta masyarakat setempat. Akrab dalam mendukung dan memberi sokongan dalam menyanjung tinggi pendidikan.