DISKRIPSI LOGO
1. Bentuk Keseluruhan
Perisai
Melambangkan institusi bagi SK Kampung Tellian, Mukah. Perisai
merupakan satu bentuk yang melambangkan kebolehan dan kekuatan dalam
mencernakan proses kehidupan dalam individu murid.
2. Maksud Warna
Biru – Ilmu dan Keharmonian
Putih – Kebersihan dan Amalan Positif
Kuning – Gigih dan Tekun Berusaha
Merah – Semangat yang Sentiasa Membara
3. Bentuk/Perlambangan
Huruf T (Besar)
Huruf T besar berwarna putih melambangkan Tellian yang bermakna
sekolah SK Kampung Tellian iaitu lokasi institusi ini dalam Kampung Tellian di
bahagian Mukah.
Huruf T (Kecil)
Huruf T kecil bagi kandungan nama SK Kampung Tellian ialah
kedudukan dalam Kampung Tellian Tengah, Mukah.
Daun Rumbia
Diimej sebagai obor semangat yang menyala dan bersemarak.
Terendak
Tapak obor yang menyala. Terendak digunakan oleh kaum Melanau
untuk melindungi diri daripada panas dan hujan. Ianya merupakan salah satu
ciri khazanah budaya masyarakat setempat.
Jerunei
Sebuah tugu kaum Melanau. Tugu melambangkan kekuatan dan
kecekalan. Ianya salah satu ciri budaya masyarakat Melanau.
Anak Rumbia
Anak Rumbia yang semakin membesar menggambarkan tahap
perkembangan seseorang insan dari kecil hingga dewasa.
Buku
Buku yang terbuka melambangkan ilmu yang perlu dicari sampai bila-bila.
Buku ialah sumber pengetahuan yang berguna untuk melengkapkan diri
seseorang insan dalam menghadapi masa depan.
Jari Tangan
Jari Tangan melambangkan kerjasama yang erat daripada semua
pihak. Guru dan ibu bapa serta masyarakat setempat. Akrab dalam mendukung
dan memberi sokongan dalam menyanjung tinggi pendidikan.