WELCOME

WELCOME

STAF SKKT

STAF SKKT

MOTTO

MOTTO

QUOTES

MOVING TOGETHER SUCCESS FOREVER

Saturday 1 July 2017

PROGRAM MOTIVASI "TELABAU TEPAD"

PROGRAM MOTIVASI
"TELABAU TEPAD"
Bersama Profesor Dr. Jeniri Amir
Anjuran PIBG
SK KAMPUNG TELLIAN, MUKAH 2017
1 JULAI 2017 (SABTU)


Dewan Kampung Tellian Tengah, Mukah









Tangguhkan kesenangan sementara untuk kejayaan masa depan, kata pensyarah




MUKAH: Bekas pelajar SK Kampung Tellian, Prof Madya Dr Jeniri Amir, berkongsi panduan dan bimbingan yang bermanfaat dalam program motivasi #TelabauTekad yang dianjurkan oleh SK Kampung Tellian pada 1 Julai 2017 lalu.
Menurut Jeniri dalam hujahan motivasi beliau, pelajar yang ingin berjaya haruslah sanggup menghadapi setiap cabaran dan tidak gentar dalam mengharunginya.
“Orang berjaya mesti mempunyai cita-cita besar, perlu berilmu, dedikasi, tabah dan tidak mudah berputus-asa,” kata Jeniri yang merupakan penulis prolifik dan penganalisis terkemuka.
Beliau juga turut menambah, membaca seharusnya dijadikan amalan utama bagi menguasai dalam kedua-dua bahasa selain daripada memperoleh ilmu dan idea yang meluas dan berguna apabila berada di universiti kelak.
“Bagi menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, pelajar dinasihatkan supaya banyak membaca buku dan akhbar kerana membaca amat berguna pada masa akan datang,” tambah Prof Madya Dr Jeniri yang juga merupakan pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak.
Katanya di hadapan murid tahun 4, 5 dan 6, kejayaan tidak dapat diraih tanpa komitmen, kegigihan, kesungguhan dan pengorbanan.
“Anda perlu menangguhkan keserononokan dan kesenangan sementara ketika ini untuk kesenangan masa depan dan jangka panjang,” tegasnya sambil mengimbas balik kesusahan dan kemiskinan yang dihadapinya ketika kecil.
Ujarnya, mereka yang susah dan miskin pun dapat meraih kejayaan dengan memiliki pendidikan dan kemahiran tinggi dalam sesuatu bidang.
Program tersebut turut dihadiri guru besar SK Kampung Tellian, Cikgu Bujang Hanapi dan juga Yang Dipertua PIBG, Encik James Anthony serta para ibu bapa bagi memeriahkan program motivasi tersebut yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Tellian Tengah, Mukah. – Sarawakvoice

No comments:

Post a Comment